Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para pengunjung yang saya hormati dan hargai sekelian. Setelah sekian lama blog ini terdiri, pada hari ini satu lembaran sejarah telah termaktub. Oleh kerana penulis yang bernama Tamar Jalis telah pun dikenali dan siri ini telah pun diterbitkan semula dalam bentuk buku dipasaran, maka saya telah menarik balik siri-siri ini dari diterbitkan di blog saya yang lagi satu.

Bagi menghormati permintaan pemegang hakcipta penulisan siri ini, Nafiela Group, dan juga penulis sendiri, saya rasakan ini adalah tindakan yang paling wajar.

Saya faham para pengunjung setia blog tersebut mungkin akan merasa hampa, namun siri ini adalah hak penulis dan bukannya milik saya. Namun jangan khuatir, bukunya sudah ada dipasaran maka saya anjurkan para pengunjung membeli buku ini.

Siri Bercakap Dengan Jin juga akan kelak diadaptasikan dalam bentuk siri drama seram di televisyen, maka populariti siri ini akan melonjak, insyaallah.

Terima kasih kepada semua pengunjung dan ahli komuniti yang telah menyokong usaha murni menggabungkan semua peminat siri ini. Komuniti SBDJ telah wujud di Facebook, maka saya sarankan kepada semua untuk menjadi ahli. Sama-sama lah kita berbincang dalam mengembangkan siri genre seram yang terulung ini.

Sila layari https://www.facebook.com/groups/46635801309

Wassalamualaikum Warahmatullah.

Yang benar,

Ahmad Hafiz bin Ismail
Auckland, New Zealand
Tanggal 28 hb Ogos 2013.

Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Allah subhana wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya dan keizinan dariNya maka setelah sekian lama, buku dari siri-siri Bercakap Dengan Jin sudah diusahakan untuk dicetak semula, diedar dan dijual. Para pengunjung blog ini dan juga blog pengumpulan siri-siri SBDJ di blogspot kini boleh lah memesan buku ini menerusi Nafiela Books, link akan disetakan di akhir entry ini.

Penulis siri ini pun sudah dikenali, dipujuk untuk memperkenalkan siapa kah Tamar Jalis yang menulis siri seram yang pernah menjadi bacaan dan buah mulut peminat genre kisah seram di awal 80an hinggalah siri terakhirnya di terbitkan. Setelah sekian banyak spekulasi, siapakah gerangan penulisnya; akhirnya semua peminat sudah dapat menatap wajah Encik Ahmad Mahmud, penulis siri ini yang telah diperkenalkan dalam majlis Wacana SBDJ yang diadakan di Ipoh baru-baru ini. Sekalung penghargaan harus diberikan di atas usaha beberapa individu yang telah berusaha untuk memujuk Encik Ahmad Mahmud. Tidak lupa juga kepada Karyawan Perak yang menganjurkan majlis tersebut.

Blog ini, dan saya selaku tuan punya blog ini dan antara yang mula-mula mengusahakan pengumpulan siri-siri ini berasa amat bangga dan bersyukur kerana hasrat untuk mengenali penulis siri ini telah tercapai, lebih-lebih lagi apabila siri ini sudah diusahakan untuk diterbitkan semula secara beransur-ansur.

Para pembaca blog yang berminat untuk mendapatkan naskhah siri ini bolehlah berhubung dengan salah satu stokis penerbit Nafiela Books seperti dibawah. Buat masa ini terbitan siri ini dalam jumlah yang terhad dan belum lagi terjual di pasaran.

http://www.nafielagroup.com.my/index.php/nafiela-books

 

Mohd Ismail Adnan
1) Subang Jaya
2) Tanjung Malim
3) Sebahagian Perak
HP : 017-529 6380
Azalina Abdul Rahman
Bumi Dagang Cafe
A-G-1A, Block A,
Jalan PJU 10/9A,
Prima Damansara PJU 10,
47830 Petaling Jaya
HP : 016-630 0034
Email : azalina77@gmail.com
Seroja Book & Stationery
No 33 Jalan Seroja 4,
Taman Seroja,
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Selangor.
Tel: 03-8706 8579
Fax: 03-8706 8579
Jendela Ilmu Enterprise
111-A, Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Tel: 09-623 6329 / 017-969 0249
Kedai Buku Al-Hidayah
No. 5 Jalan Semantan Satu,
Lurah Semantan,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-296 6515 / 012-3072254
Fax: 09-2966515

 

Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
(Bahagian Pekan Buku),
Bangunan Perdana Siswa,
Universiti Malaya, Jalan Pantai Baru,
50603 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7957 7072
Fax: 03-7955 4424

 

Eze Book & Stationery
Lot 18, Jalan Mat Kilau,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor.
Tel: 016-209 1558
Fax: 03-6064 1558

 

Kedaibuku.com.my
Ilham Management Consultant Management Sdn. Bhd.
27 A-1, Jalan SM 2,
Sunway Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor.
Tel: 03-6188 0618
Fax: 03-6186 9619

 

Hasrat sari Sdn. Bhd.
No. 858t, Taman Seri Indah,
Balik Pulau,
11000 Pulau Pinang.
Tel: 04-866 6844
Fax: 04-866 6845

 

Koleksi Siri Bercakap Dengan Jin yang telah di olah semula dalam bentuk digital setakat ini sudah mencapai angka 54 siri semuanya, baik di tamarjalis.blogspot.com atau di laman web komuniti di komunitisbdj.multiply.com. Saya rasa koleksi sejumlah itu yang paling banyak bilangannya di alam maya kerana sebelum ini pun sudah ada langkah untuk menulis dan mengolah semula bahan-bahan buku ini dalam bentuk laman web di Geocities, namun bilangan sirinya tidak lah banyak.

Saya bertuah kerana kemampuan untuk terus menerbitkan semula siri ini menurut turutannya tercapai setelah mendapat pertolongan dari beberapa insan yang seperti saya, berminat untuk mendapatkan dan mengumpul semula siri-siri ini. Jika maksud asal saya terbantut di siri yang ke 46, kerana siri seterusnya tiada dalam simpanan, kini saya sudah mendapat bahannya, walaupun dalam bentuk salinan sahaja. Pada saya tidak menjadi soal, asalkan boleh dibaca, diimbas dan di perbetulkan ejaan dan susunannya.

Dengan bekalan bahan yang baru ini saya rasa bolehlah saya meneruskan usaha terbitan semula ini sehingga setakat yang termampu. Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika buku ini diterbitkan semula, saya akan berhenti dari menerbitkannya di laman web sebagai menghormati hakcipta penerbit dan penulis asal.

Dalam maksud yang sama, saya telah diberitahu oleh beberapa orang yang bahan-bahan yang saya sediakan di laman web blogspot dan komunitisbdj pernah ada cadangan dari pihak-pihak dan insan tertentu yang ingin menyalinnya dan membuat pdf untuk dijual. Saya ingin jelaskan yang perkara ini saya lihat sebagai satu perkara yang serius, lebih-lebih lagi jika sipolan itu tidak beradab seperti orang Melayu, setidak-tidaknya meminta izin terlebih dahulu.

Saya boleh sahaja meletakkan maklumat bank atau link kepada Paypal dan memohon derma dari pengunjung. Saya rasa jika saya buatkan begitu, paling tidak 10 ringgit saya akan dapat derma dari insan-insan yang pemurah. Namun bukan itu tujuan saya mengadakan halaman dan berusaha bersungguh-sungguh menyediakan bahan bacaan ringan ini. Pertama, saya diberkati dengan rezeki yang murah yang datang dari sumber lain, jadi kalau nak menderma eloklah berikan pada yang berhak. Kedua, jika saya meminta derma itu, waswas saya rasa halal haramnya kerana bahan yang saya usahakan ini milik Tamar Jalis, bukan tulisan saya sendiri.

Seperti yang telah saya jelaskan, saya menerbitkannya semula supaya peminat siri ini dapat membacanya, mengimbau kenangan lama; juga sebagai platform peminat untuk berkongsi bahan-bahan. Bukan untuk membuat wang ringgit darinya. Tegas saya jelaskan, jika siri ini dicetak semula secara lengkap dalam bentuk buku hari ini, esok saya akan tutup laman web ini dan padam semua bahan yang ada di blog saya dan di komunitisbdj.  Begitulah prinsip saya dalam hal ini.

Semoga pengunjung sekelian suka dengan bahan bacaan yang disediakan.

Para penunjung yang dihormati sekelian. Untuk membaca kandungan Siri Bercakap Dengan Jin, para pengunjung digalakkan menjadi ahli peminat siri ini yang ada di komunitisbdj.multiply.com. Jadilah ahli multiply.com dan selepas itu mendaftar menjadi ahli grup peminat tadi.

Saya juga telah membuka blog saya yang satu lagi iaitu – tamarjalis.blogspot.com dan tiada lagi dikunci. Saya tidak lagi menguncinya kerana semua siri-siri yang ada tertera di laman blogspot saya telah ada di grup peminat di multiply.com.

Setakat hari ini sudah ada 45 siri, dan siri terakhir yang telah saya imbas dan kerjakan iaitu Siri 46 akan saya muat naik ke multiply.com pada minggu hadapan. Selepas itu orang lain pula akan mengambil-alih untuk memuat-naik siri ini bersambung-sambung sehinggalah, insyaallah lengkap semuanya.

Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, siri-siri yang ada dalam simpanan saya tidak lengkap, jadi sumbangan saya kepada grup peminat tersebut akan bergantung kepada sumbangan orang lain kerana tidak wajar sekiranya saya muat-naik siri yang rongak dan tidak ada sinambungan jalan ceritanya.

Saya berharap para pengunjung sekelian mendapati bahan bacaan yang ada ini menyeronokkan dan mengembalikan nostalgia. Juga harapan saya yang tuan dan puan tidak menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan selain dari bacaan dan simpanan peribadi; tidak diolah semula, dicetak dan dijual semula.

Dalam masa-masa yang agak terluang saya seperti juga orang lain suka berjalan-jalan di alam maya internet membaca hasil tulisan orang lain, begitu juga membaca hasil sembangan orang lain di forum-forum. Salah satu forum yang sering saya kunjungi ialah satu halaman forum tempatan yang banyak disinggahi oleh orang-orang yang semacam saya juga yang banyak masa terluang. Didalam salah satu forum itu yang membincangkan hal ehwal Tamar Jalis dan hasil penulisannya ada tercatat alamat blog saya ini.

Saya banyak menerima email dari peminat siri ini yang bertanyakan bagaimana untuk membaca siri-siri ini. Walaupun banyak kiasan namun mungkin maklumatnya masih belum terang walaupun acapkali sudah disuluh. Mungkin juga pendekatan saya sendiri yang menyukai peminat menulis sendiri kepada saya dan saya balas dengan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk membaca siri ini. Adakalanya saya suka membaca dan ada keinginan untuk mengenali setiap watak yang menulis kepada saya itu, namun saya ini mungkin seperti penulis siri ini tidak berniat untuk dikenali.

Pada suatu hari saya menerima sebuah email dari seorang peminat yang menyangka saya penulis yang sebenarnya, lalu beliau memanggil saya pakcik. Sedangkan setelah beliau melawati halaman Facebook saya barulah beliau sedar yang saya hanyalah peminat sepertinya. Apabila beliau memanggil saya pakcik itu tidaklah saya hiraukan kerana beliau tidak mengenali saya dan hanya berkomunikasi secara maya. Tetapi bagaimana kisahnya jika beliau bertemu saya secara zahir? Adakah beliau akan memanggil saya pakcik juga? Apakah hukum alam yang kita pegang yang memutuskan kita memanggil seseorang itu abang atau pakcik?

Lama saya berfikir dan akhirnya saya pun fahami satu formula yang terbaik. Keputusan kita memanggil seseorang itu abang, pakcik atau tok bergantung kepada umur kita dan umur anak-anak kepada orang tersebut. Sebagai contoh, saya berjalan dikampung halaman saya di Sungai Durian, Hilir Perak dan berhenti di halaman sebuah rumah kampung. Saya lihat seorang lelaki sedang mencangkul tanah dan saya dekati beliau. Dihalaman rumah ada beberapa orang anak kecil dalam linkungan 7 hingga 10 tahun bermain-main. saya berikan salam, dan sebelum saya terus memanggilnya abang, pakcik atau tok, saya perhati dan buka telinga dahulu. Jika kanak-kanak yang bermain itu memanggilnya abah, maka saya tahu, umur saya dan orang lelaki ini mungkin hampir sebaya maka sebagai tanda hormat saya akan memanggilnya abang. Jika orang lelaki itu dipanggil atok oleh kanak-kanak, maka saya memanggilnya pakcik. Dan jika onyang dipanggil, maka atoklah yang saya panggil.

Panggilan yang wajar saya gunakan bergantung kepada umur anak-anak lelaki itu sebagai reference. Jika kanak-kanak dihalaman itu tidak memanggil orang lelaki itu, maka wajarlah saya berkias semasa menegurnya, pura-pura bertanya, “anak ke yang bermain tu?” dan seterusnya tahulah saya apa panggilan yang perlu saya bahasakan untuk lelaki ini. Dan sebagai memastikan formula ini berjaya, pastikan juga diri kita lebih muda dari orang yang kita lawan bercakap. Jika dari segi raut wajah dan gerak-geri umur kami mungkin sama, maka eloklah kita memangilnya abang sahaja sebagai tanda hormat.

Saya rasa eloklah saya nyatakan bagaimanakah untuk membaca siri-siri yang ada. Blog ini hanyalah sebagai penanda sahaja. Blog yang satu lagi, iaitu blogspot ialah blog yang saya buat untuk menyimpan khazanah siri ini dan yang boleh memasukinya hanya saya sahaja. Bagi peminat-peminat yang menulis kepada saya, saya akan anjurkan pergi ke multiply.com.

Di multiply.com terdapat sebuah grup peminat yang dinamakan Komuniti Siri Bercakap Dengan Jin (komunitisbdj.multiply.com). Grup ini hasil usaha beberapa orang peminat dan saya juga menjadi ahlinya. Grup ini bukan saya yang tubuhkan tetapi orang lain yang juga cintakan hasil kerja penulis siri ini dan berusaha untuk mengumpul sebanyak mungkin siri-siri ini dari bentuk buku ke bentuk digital halaman web. Didalam grup tersebut ada ramai yang menyumbang untuk melengkapkan siri ini. Rata-ratanya ramai yang tidak ada langsung buku ini akan tetapi dalam bilangan yang sedikit ada yang mempunyai buku yang apabile dikumpul-kumpulkan bolehlah menyempurnakan koleksinya.

Bagaimana caranya untuk menyempurnakan koleksi apabila dipunyai oleh ramai orang yang duduk di merata tempat? Formulanya ialah dengan berkongsi dan sama-sama menyumbang dalam satu wadah di alam maya, iaitu grup ini. Sehingga kini sudah ada lebih 150 ahli. Menjadi ahli multiply.com adalah percuma, begitu juga untuk menjadi ahli grup komuniti ini. Tuan punya grup malahan saya sendiri tidak meletakkan apa-apa bayaran walau satu sen, samada dalam bentuk Paypal atau top-up prepaid kerana kerja yang kami lakukan ikhlas dan sukarela.

Yang kami perlukan hanyalah kerjasama dari semua ahli supaya sama-sama menyumbang, menulis, mengimbas dan sebagainya demi memenuhkan koleksi siri ini. Dan di masa yang sama, ahli berikrar tidak akan menggunakan bahan-bahan yang dikumpulkan untuk membuat duit di belakang perhatian kami. Jika ada, maka tuan punya grup itu akan membatalkan keahlian secara serta-merta.

Oleh kerana ada masanya saya tidak dapat membalas email peminat yang hendak tahu bagaimana caranya untuk membaca, jadilah ahli multiply dan seterusnya jadi ahli komuniti SBDJ. Setelah anda klik butang menjadi ahli komuniti, tuan punya grup itu akan mendapat notifikasi untuk meluluskan keahlian. Dari beratus yang menulis email kepada saya dan memohon tidak pernah satu pun yang tidak diluluskan. Cuma ada masanya tuan punya grup atau isteri saya sendiri yang dilantik menjadi co-admin tidak ada masa untuk sentiasa memantau grup. Dan oleh kerana saya dan isteri bukan di Tanah Melayu, maka permohonan menjadi ahli di waktu pagi di Malaysia hanya akan kami sedari diwaktu pagi di tempat kami. Jadi diharap bersabar setelah memohon menjadi ahli.

Alhamdulillah setakat ini kerja-kerja mengumpul semula siri berjalan lancar dan setiap hari kita mendapat ahli-ahli yang baru. Ada diantaranya sudah dan akan menjadi penyumbang tetap. Semoga usaha mengumpul semula bahan tulisan Tamar Jalis ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya.

Salam hormat dari saya.

p/s: jika ada maklumat yang tuan dan puan perlukan, saya galakkan menulis kepada saya dan saya akan balas secepat mungkin. Boleh memanggil saya pakcik kerana umur saya pun tidaklah muda.

Saya telah mengambil keputusan untuk mengadakan grup peminat Siri Bercakap Dengan Jin di Facebook, selain di Multiply. Ini antara lain untuk memperkenalkan kewujudan grup peminat ini dengan lebih luas, selain memastikan halaman-halaman blog dan web peminat ini akan terbit di muka awal jika dicari menerusi Google dan lain-lain.

Halaman peminat di Multiply masih menjadi halaman utama, dan halaman peminat di Facebook hanyalah merupakan front sahaja. Bahan-bahan projek imbasan dan suntingan siri-siri ini berada di Multiply.

Oleh kerana saya mengadakan grup di Facebook, maka saya juga terdaftar didalamnya, walaupun saya tidak berminat untuk dikenali secara peribadi.

Halaman grup di Facebook ialah http://www.facebook.com/group.php?gid=46635801309&ref=mf

Sehingga kini grup peminat siri ini telah mencecah lebih 113 orang dan sebanyak 37 judul telah termuat di laman web grup tersebut. Bahan didalam grup ini adalah hasil usaha peminat-peminat yang telah bersusah-payah menaip dan mengimbas siri ini, termasuklah saya sendiri.

Setakat ini juga saya menerima email mengenai kebenaran untuk membaca siri-siri karangan Tamar Jalis, rata-ratanya sebanyak 5 email seminggu dan semuanya telah saya anjurkan menjadi ahli grup tersebut. Alhamdulillah, walaupun kerja-kerja menaip dan mengimbas adalah usaha sukarela (suka dan rela), bahan-bahan yang termuat didalamnya adalah percuma, hanya perlu menjadi ahli sahaja.

Diharapkan ahli yang seramai 113 orang ini akan berjaya mengumpul semula siri-siri yang semakin hari semakin luput dan dilupai ini.

Saya sudah lupa bila Siri Bercakap Dengan Jin mula-mula diterbitkan sebagai siri seram tetap didalam majalah Variasari. Mungkin salah satu caranya ialah untuk melihat bila terbitan pertama jilid pertama siri ini dibukukan. Namun jika saya ingat-ingatkan semula, jilid pertama buku siri ini merupakan sebuah buku yang agak tebal dan kalau tidak silap memuatkan lebih 40 buah siri. Ilustrasi muka depan dan halaman-halaman didalam buku ini agak baik berbanding dengan mutu lukisan dalam terbitan-terbitan yang lebih baru.

Siri ini juga diterbitkan satu siri setiap bulan majalah Variasari diterbitkan, maka boleh lah saya katakan projek saya sekarang sudah ada bahan yang pernah diterbitkan di majalah Variasari yang mengambil masa selama hampir 4 tahun. Satu masa yang agak panjang jika difikir-fikirkan.

Grup peminat siri ini pada ketika nota ini ditulis telahpun ada sebanyak 28 siri. Dengan persetujuan pengendali laman web tersebut yang juga merupakan peminat siri ini, kita akan memuat naik siri-siri ini sedikit demi sedikit, mungkin satu siri seminggu supaya peminat dan ahli grup akan dapat membaca dan menikmati penulisan Tamar Jalis secara beransur-ansur. Dengan cara ini akan memastikan grup sentiasa segar dengan bahan baru dan juga dapat memberi peluang kepada ahli-ahli yang punya siri ini untuk mengimbas dan menaip semula siri-siri yang meraka ada dan memuat naik siri-siri tersebut bersambung-sambung sehinggalah siap.

Saya mendoakan usaha ini akan mengumpulkan ramai ahli dan peminat supaya berkongsi siri-siri yang mereka ada. Pada pendapat saya usaha untuk mengimbas dan menaip semula siri ini dalam bentuk digital bukanlah usaha sukarela yang dibuat untuk menidakkan hak penulis atau penerbit. Kami sebagai peminat tegar siri ini merasakan sukar untuk membeli dan mendapatkan siri ini di kedai-kedai. Alangkah baiknya jika penerbit siri ini, Variapop Group, dapat menerbitkan semula kesemua siri ini, maka tidak lah perlu kami cuba mengumpulkan siri-siri ini untuk kami berkongsi membacanya.

Kepada pengunjung laman web ini yang ingin membaca siri-siri yang telah kami usahakan, disarankan menjadi ahli grup peminat yang saya katakan tadi. Ada beberapa syarat untuk menjadi ahli, yang paling penting sekali ialah berjanji untuk tidak menggunakan bahan siri-siri yang ada di laman web grup untuk tujuan perniagaan, dengan menjual siri-siri ini dalam bentuk terbitan atau pdf. Dan jika mengambil bahan-bahan hendaklah untuk tujuan peribadi dan jika diterbitkan semula ke laman web sendiri (facebook, myspace, etc.), hendaklah memberikan kredit yang perlu. Silalah email kepada saya jika anda ingin menjadi ahli grup ini.

Kami sedar ada seakan dilema mengenai membuat syarat untuk ahli, sedangkan usaha kami mengimbas, menaip semula dan menerbit bahan ke laman web grup bercanggah dengan tatasusila hakcipta penulisan Tamar Jalis selaku tuanpunya yang berhak. Kami tidak bermaksud untuk tidak akur dengan undang-undang hakcipta yang melindungi bahan yang Tamar Jalis tulis, malahan untuk menjadi ahli grup dan membaca siri-siri ini tidak memerlukan yuran atau bayaran. Syarat-syarat menjadi ahli yang kami letakkan pun sebagai salah satu cara untuk membendung ahli dari menggunakan bahan-bahan untuk kepentingan sendiri.

Buku-buku siri ini sudah pupus dari kedai-kedai dan toko buku, samada yang terkemuka, di tepi-tepi jalan mahupun kedai menjual buku terpakai. Saya secara peribadi berpendapat jika penerbit siri ini menerbitkan semula siri ini dalam bentuk buku dalam masa terdekat, saya bersedia untuk tidak lagi mengusahakan projek ini dan terus menyokong laman web peminat Tamar Jalis dalam wadah yang berbeza.

Namun itu hanyalah pendapat saya.

Blog Stats

  • 66,010 hits

Pages