Sehingga ke hari ini, sudah cukup 46 siri telah saya imbas dan sebanyak 42 siri telah saya olah dan buat pembetulan. 4 siri terakhir dalam simpanan saya ini akan saya siapkan dalam masa 2-3 hari sahaja kerana kerja-kerja ini sudah ada 2 orang penolong, dan pula semakin lama kita bekerja dan membuat olahan dan pembetulan, kita akan jadi lebih cekap.

Dalam siri-siri yang terakhir ini diceritakan mengenai Saadun Juling dan buaya-buayanya, skandalnya di kampung dan bagaimana orang-orang kampung terpaksa hidup dalam ketakutan kerana Saadun boleh mengawal buayanya. Tetapi adat berkawan, kita mesti memberi bila kita mengambil. Jika lazimnya asyik-asyik mengambil, kawan boleh jadi lawan. Begitu juga dengan Saadun, kerana terlalu banyak menggunakan buaya untuk memenuhi maksud hatinya, satu hari buaya juga yang membinasakan dirinya.

Selepas Siri ke-46, saya akan mengimbas siri-siri dari Buku ke-8 Siri 108 dengan judul Nisan Bergerak dimana Tamar Jalis dan datuknya menolong Mat Prai. Siri-siri 47 hingga 107 tidak saya punyai lagi, dan sedang mengharapkan keikhlasan dan pertolongan orang lain untuk mengisinya.

Kepada peminat yang ingin membaca siri-siri SBDJ, saya telah meletakkan bahan-bahannya ke satu laman web khas yang berahlikan peminat-peminat seperti saya. Keahliannya percuma dan tidak perlu bayar satu sen pun. Cuma patuh dengan syaratnya sudah mencukupi iaitu, segala bahan yang ada bukan untuk dijual. Kalau ingin diambil bahannya mesti untuk kegunaan sendiri, dan aklau ingin dipaparkan ke blog, myspace, facebook atau lain-lain media mestilah mengunkapkan sumber asal. Jika perlukan maklumat lanjut mengenai laman web khas ini, sialah email kepada saya.

Setelah saya fikir-fikirkan dan dalami semasak-masaknya, akhirnya saya membuat keputusan untuk berkongsi hasil usaha saya yang tidak seberapa ini dengan orang lain. Saya fikir, jika saya bermurah hati kepada orang yang tidak saya kenali secara lahir, maka usaha saya ini akan mendapat balasan yang setimpal dengannya dalam bentuk-bentuk lain.

Seperti yang telah saya tulis sebelum ini, usaha sebegini akan jadi terbantut jika saya tidak dapat bahan-bahan yang saya perlukan. Bahan-bahan yang saya maksudkan ialah beberapa bab dalam Siri Bercakap Dengan Jin yang saya tidak punyai. Siri-siri yang saya punyai dan sedang saya usahakan semacam susunan gigi seorang tua yang rongak. Bergigi, kemudian kosong, kemudian berisi kembali.

Semacam gigi orang tua yang rongak, sudah tentu jika menjamah makanan yang lazat tidak selazat memakannya seperti seorang muda yang penuh susunan giginya. Sama lah juga dengan membaca sebuah novel yang mengikut turutan bersiri – tidak sempurna jalan ceritanya jika terpaksa melompat disana-sini.

Pengunjung budiman yang ingin membaca siri-siri SBDJ ini sudah ada persiaran yang khusus. Silalah hubungi saya di tamarjalis(at)gmail.com  Jangan lupa gantikan (at) menjadi @. Jangan khuatir, pengunjung semua tidak akan mendapat email balasan dari saya yang berupa MLM, ataupun meminta wang ringgit. Saya akan memberikan maklumat selanjutnya di laman web manakah yang perlu pengunjung sekelian lawati untuk membaca siri-siri ini secara percuma, asalkan bersetuju dengan beberapa syarat yang ada pada laman web tersebut. Sehingga nota ini ditulis, sudah ada sebanyak 24 tajuk di laman web tersebut, dan bilangannya akan bertambah kelak.

Sekian, terima kasih.

37 series has been successfully scanned and transformed into blog entries. The 37th episode is titled Terkena Badi Belibis which tells a story of a group of 3 men trying to find a friend of theirs in the jungle of Kinta near the border of Perak and Pahang. Datuk’s help was sought in the usual plot.

The process of scanning and editing has stepped into a new frequency now as it has become more efficient. I have also been able to get help from 2 other, whom main involvement in the project are editing and correcting. Since the project needs a unique commitment to ensure that none of the material are copied and pasted elsewhere, I have limited the number of helper to these 2 individuals for now.

Our target now is to get 50 series online by the end of this month.

Hidup ini kalau tidak menyambil dan hanya membuat kerja khusus sahaja akan menjadi kehidupan yang monotonous dan tidak ada serba-serbi. Mungkin elok saya utarakan cara saya mendigitize siri Bercakap Dengan Jin yang saya usahakan ini. Ini supaya pengunjung yang tidak putus bertanya mengenai boleh atau tidak saya benarkan isi kandungan dibaca, faham kerja-kerja ini tidaklah mudah dan mengambil masa.

Saya memang mempunyai beberapa naskah buku siri ini, kecuali beberapa yang masih saya cari (sila lihat tulisan saya yang terdahulu). Helaian demi helaian buku saya imbas (scan) menggunakan scanner, dan menerusi kemudahan OCR (Optical Character Recognition) yang sedia ada dengan pengimbas, setiap huruf yang diimbas dipindahkan secara digital ke dokumen Word.

Proses ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Oleh kerana OCR yang saya gunakan menggunakan Bahasa Inggeris secara default, perisian OCR tersebut selalunya akan memindahkan huruf dan ayat yang salah. Ditambah pula jilid siri yang saya miliki ialah jilid yang telah di ulang cetak berkali-kali, banyak perkataan dan susunan ayat yang telah bercampur-aduk dan mempunyai banyak kesalahan dan jalan cerita kadangkala terganggu olehnya.

Oleh kerana ada banyak pembetulan yang diperlukan, maka kerja nya bukanlah mengimbas dan kemudian pindahkan ke blog sahaja. Banyak kerja-kerja pembetulan yang diperlukan.

Sambil membuat pembetulan, saya telah melayari halaman-halaman web dan telah terjumpa dengan satu halaman sembang bergelar Tranungkite. Didalamnya beberapa orang telah menceritakan yang penulis siri ini yang sehingga kini tidak diketahui siapa telah meninggal dunia. Penulis yang dikatakan menulis siri ini, Allahyarham Abdul Jalil Miran telah kembali ke rahmatullah pada 13 haribulan Oktober 2008 merupakan penulis cerita-cerita seram dan wartawan majalah.

Ada seorang lagi telah menulis dan mengakui kenal kepada penulis sebenar yang mengguna nama pena “Tamar Jalis”, dan beliau mengatakan penulis sebenar berusia 70 tahun lebih, tinggal di Bruas dan tidak mahu dikenali.

Pernah juga saya membaca di halaman lain dimana penulis ruangan sembang yang mengatakan siri Bercakap Dengan Jin ini ditulis oleh beberapa orang penulis, dan bukan khusus kepada seorang sahaja. Salah seorang penulis yang disebut ialah Osman Wok.

Walau apa pun kisahnya, naskah-naskah siri ini agak sukar ditemui sekarang, dan jika tidak ada usaha untuk mengulang cetak, maka siri ini akan terkubur dan dilupai.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya memohon maaf kepada pengunjung yang ingin membaca isi kandungan siri ini yang telah saya olah semula dalam bentuk digital. Sebagai menghormati usaha penulis siri ini yang masih belum dikenali dan tidak mahu dikenali, saya akan teruskan usaha saya. Mengenai isi kandungannya samada akan dibuka untuk bacaan umum atau tidak, biarlah saya sempurnakan kerja-kerja ini dahulu dan saya fikirkan kemudian.

Sehingga kini saya sudah selesai merakamkan kandungan buku siri Bercakap Dengan Jin ke siri yang 21 bertajuk “Berguru Dengan Syaitan”. Didalam siri tersebut datuk telah bertemu dengan satu kumpulan pukau yang merompak menerusi pukauan menggunakan tengkorak kecut.

Setelah berehat tanpa kerja-kerja terkini, saya telah selesai dengan 3 buah siri yang telah dimuatkan ke halaman blog.

Saya juga telah menerima banyak warkah email yang memohon supaya saya benarkan pembaca membaca kandungan blog tersebut. Agak malangnya, tiada diantara email-email yang saya terima dimana penulisnya menawarkan untuk menolong saya dalam projek ini, mahupun yang menawarkan untuk mencari dan menjualkan buku Tamar Jalis yang saya masih belum jumpai.

Saya akan teruskan projek ini sehinggalah pada satu masa yang sesuai dimana saya akan fikirkan cara terbaik untuk berkongsi usaha saya ini dengan orang lain. Buat masa ini saya khuatir – pertama, kandungan buku adalah hakcipta terpelihara. Kedua, saya takut bahan yang saya kerjakan ini akan di copy-paste oleh orang lain dan dikatakan kerja sendiri atau buruk sekali jika dijual dalam bentuk pdf dan lain-lain.

Ada beberapa halaman web yang telah membuat usaha yang sama, tetapi bahannya tidak sebanyak yang telah saya usahakan. Sila lah Google untuk membaca bahan-bahan tersebut.

Sekian, semoga pengunjung blog ini faham dengan penjelasan saya. Terima kasih.

Todate I have successfully digitized a total of 18 series. The number is still small compared to the actual series which stands at over 200. I am currently accepting offers from anyone who has the complete volume of Tamar’s books. I am looking for the following books:

  • Siri Bercakap Dengan Jin, Buku 6
  • Siri Bercakap Dengan Jin, Buku 7

Sehingga kini saya telah menyiapkan sebanyak 18 buah siri. Bilangan ini masih kecil berbanding dengan jumlah siri yang setahu saya berjumlah lebih 200 buah. Untuk melengkapkan koleksi dan untuk menjayakan projek digitizing ini, saya boleh dihubungi jika ada yang ingin menjual buku-buku Tamar. Saya sedang mencari dan bersedia untuk membeli buku-buku yang tertera dalam senarai diatas.

I am a fan of the author, with no affiliations whatsoever to the subjects in his fiction or to him. Tamar Jalis wrote a series of short stories which appeared in Variasari, a local general interest magazine in Malaysia. The horror genre of the stories picked up serious readership which necessitates the need to publish the stories in a form of collection titled “Siri Bercakap Dengan Jin”. It is probably the one and only fiction which became a bestseller in Bahasa Malaysia in the 80s and 90s. The book is no longer in print and is one of the most sought after paperback (at least to me). I used to own the complete volume, however, after years of neglect, being misplaced and an item of non-return, I only own a few. As it is rare in both print and digital, I intend to keep episodes from the novel in this blog which will be kept private. As it is a copyrighted material, only selected friends of mine are given access. At present the volumes which is a work in progress is stored in http://tamarjalis.blogspot.com. If you own Tamar’s books and would like to read available material and contribute to the project, please feel free to send me an email at tamarjalis(at)gmail.com. Thank you and wasallam.

Saya adalah peminat penulis Tamar Jalis yang tiada apa-apa kaitan dengannya ataupun karektor didalam bukunya. Beliau telah menulis cerita-cerita pendek yang disiarkan didalam majalah Variasari. Cerita-cerita seram dengan gaya penceritaan yang bersahaja telah menjadi kegemaran sekitar tahun 80an dan 90s, dan akhirnya koleksi cerita-cerita pendek tersebut dibukukan sebagai “Siri Bercakap Dengan Jin”.. Buku tersebut sudah tiada dalam penerbitan dan agak sukar didapati. Saya pernah memiliki kesemua buku tersebut akan tetapi setelah betahun-tahun tidak dipedulikan, dan telah dipinjam dan tidak dipulangkan, saya hanya ada beberapa buah sahaja. Oleh kerana ianya sukar didapati, saya telah berkeputusan untuk menyimpan episod-episod buku beliau didalam bentuk blog. Memandangkan ianya adalah hak cipta yang terpelihara, saya tidak dapat menerbitkannya secara umum, dan hanya untuk rakan-rakan yang terdekat sahaja. Pada masa ini isi kandungan buku yang telah melalui proses digitizing disimpan di http://tamarjalis.blogspot.com. Jika anda memiliki buku-buku Tamar, berkeinginan untuk membaca isi yang telah ada, ingin turut serta didalam projek digitizing ini, sila lah hubungi saya di tamarjalis(at)gmail.com. Terima kasih dan wasallam.

Blog Stats

  • 64,815 hits

Pages