Sehingga ke hari ini, sudah cukup 46 siri telah saya imbas dan sebanyak 42 siri telah saya olah dan buat pembetulan. 4 siri terakhir dalam simpanan saya ini akan saya siapkan dalam masa 2-3 hari sahaja kerana kerja-kerja ini sudah ada 2 orang penolong, dan pula semakin lama kita bekerja dan membuat olahan dan pembetulan, kita akan jadi lebih cekap.
Dalam siri-siri yang terakhir ini diceritakan mengenai Saadun Juling dan buaya-buayanya, skandalnya di kampung dan bagaimana orang-orang kampung terpaksa hidup dalam ketakutan kerana Saadun boleh mengawal buayanya. Tetapi adat berkawan, kita mesti memberi bila kita mengambil. Jika lazimnya asyik-asyik mengambil, kawan boleh jadi lawan. Begitu juga dengan Saadun, kerana terlalu banyak menggunakan buaya untuk memenuhi maksud hatinya, satu hari buaya juga yang membinasakan dirinya.
Selepas Siri ke-46, saya akan mengimbas siri-siri dari Buku ke-8 Siri 108 dengan judul Nisan Bergerak dimana Tamar Jalis dan datuknya menolong Mat Prai. Siri-siri 47 hingga 107 tidak saya punyai lagi, dan sedang mengharapkan keikhlasan dan pertolongan orang lain untuk mengisinya.
Kepada peminat yang ingin membaca siri-siri SBDJ, saya telah meletakkan bahan-bahannya ke satu laman web khas yang berahlikan peminat-peminat seperti saya. Keahliannya percuma dan tidak perlu bayar satu sen pun. Cuma patuh dengan syaratnya sudah mencukupi iaitu, segala bahan yang ada bukan untuk dijual. Kalau ingin diambil bahannya mesti untuk kegunaan sendiri, dan aklau ingin dipaparkan ke blog, myspace, facebook atau lain-lain media mestilah mengunkapkan sumber asal. Jika perlukan maklumat lanjut mengenai laman web khas ini, sialah email kepada saya.
1 comment
Comments feed for this article
August 17, 2009 at 2:40 am
ady019
salam…
sebenarnya bku sbdj ni ade brape buah ye?aku ingat nk kumpol ah..dan siri lengkap dia plak ade bape ratus ye?best oo bku ni..