Sehingga kini saya sudah selesai merakamkan kandungan buku siri Bercakap Dengan Jin ke siri yang 21 bertajuk “Berguru Dengan Syaitan”. Didalam siri tersebut datuk telah bertemu dengan satu kumpulan pukau yang merompak menerusi pukauan menggunakan tengkorak kecut.

Setelah berehat tanpa kerja-kerja terkini, saya telah selesai dengan 3 buah siri yang telah dimuatkan ke halaman blog.

Saya juga telah menerima banyak warkah email yang memohon supaya saya benarkan pembaca membaca kandungan blog tersebut. Agak malangnya, tiada diantara email-email yang saya terima dimana penulisnya menawarkan untuk menolong saya dalam projek ini, mahupun yang menawarkan untuk mencari dan menjualkan buku Tamar Jalis yang saya masih belum jumpai.

Saya akan teruskan projek ini sehinggalah pada satu masa yang sesuai dimana saya akan fikirkan cara terbaik untuk berkongsi usaha saya ini dengan orang lain. Buat masa ini saya khuatir – pertama, kandungan buku adalah hakcipta terpelihara. Kedua, saya takut bahan yang saya kerjakan ini akan di copy-paste oleh orang lain dan dikatakan kerja sendiri atau buruk sekali jika dijual dalam bentuk pdf dan lain-lain.

Ada beberapa halaman web yang telah membuat usaha yang sama, tetapi bahannya tidak sebanyak yang telah saya usahakan. Sila lah Google untuk membaca bahan-bahan tersebut.

Sekian, semoga pengunjung blog ini faham dengan penjelasan saya. Terima kasih.