Kesempatan ini saya ambil untuk memohon maaf kepada pengunjung blog-blog saya yang mungkin tertanya-tanya kenapa tidak ada perkembangan terkini dalam usaha saya mengumpul dan digitise siri SBDJ. Ini adalah disebabkan saya telah kehilangan yang membuatkan saya menjadi lebih sibuk dari biasa dan tidak memberikan saya masa terluang.
Buat masa ini saya akan mula semula secara perlahan-lahan, mudah-mudahan nanti saya diberi kekuatan dan kesempatan untuk menyambung usaha saya ini. Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang menulis kepada saya, dan menyertai laman facebook.Tidak lupa juga terima kasih kepada ahli komuniti SBDJ yang banyak menyumbang, lebih-lebih lagi kepada Sandora, Feroz dan Syed Setia. Terima kasih tidak terhingga kepada Sandora yang masih aktif menerbitkan siri-siri SBDJ ke dalam laman blogspot saya, sedangkan saya sendiri sudah lama tidak menerbitkan apa-apa.
Untuk makluman semua, laman utama kumulan siri ini di komunitisbdj.multiply.com sudah ada 94 siri semuanya. Satu jumlah yang banyak hasil sumbangan ahli yang tidak putus-putus menyumbang.
Saya juga ada terima berita yang ada satu lagi warga komuniti yang sudah menerbitkan siri-siri ini di laman blog nya (komuniti-sbdj.blogspot.com). Syabas dan tahniah, kerana ramai yang telah ikut serta dan menyambung usaha ini yang saya mulakan sedikit sebanyak bersama-sama ahli lain satu masa dahulu.
Dengan itu saya sudahi dengan doa supaya pengunjung semua diberkati Allah, dan suka dengan hasil tulisan Tamar Jalis.
Yang daif itu dari saya sendiri; yang abadi dan sempurna semuanya datang dari Allah yang Esa.
Wasallam.

2 comments
Comments feed for this article
July 19, 2010 at 12:24 am
kamar273
Saya peminat setia SBDJ, Tamar Jalis terutamanya. Minat saya bermula sejak di bangku sekolah rendah lagi melalui majalah mastika. Duit hasil upah menjual susu tepung, ais krim dan menjaja kuih saya simpan untuk membeli majalah mastika. SBDJ edisi pertama, waktu tu berharga RM3.00 sahaja. Berkulit tebal dan hiasan wajah dihadapan buku tu, agak timbul. Rasa bertuah sebab dapat memiliki buku pertama SBDJ. Pertama sekali saya sentuh buku itu, tak tergambar kegembiraan saya. Saya baca buku tu sampai habis dalam masa 1hari saja. Saya ulang membaca tanpa rasa jemu. Ingatkan saya boleh simpan buku tu sebagai “harta pusaka” sampai sekarang, rupa-rupanya tidak. Saya “kehilangan” satu-satunya barang berharga saya selepas meminjamkan buku itu kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Rasa kesal sangat-sangat. Selepas tu saya hilang segalanya tentang sbdj. Namun kalau sudah jodoh, tak kan ke mana. Saya cuba mencari dan mencari. Sehingga satu hari ada pelanggan datang ke tempat kerja. Sempat jugak saya menjeling ke arah buku yang dia baca. Sesuatu yang menarik minat saya…SBDJ. Saya tanya di mana dia dapat buku tu. Saya cari dan cari, akhirnya saya dapat kumpul kalau tak silap 17 siri SDBJ. Saya beli sekali gus sebab saya takut “kehilangan” lagi,
Salam.
July 12, 2011 at 3:25 pm
razaqq
salam, nak tanya.. SBDJ ni dah ada buar e-book tak? kalau ada jual kat apple book store pun best jugak